Sumber : http://www.moe.gov.my/?id=169&aid=627
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 1 / 2010: PELAKSANAAN DASAR
MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA DAN MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS (MBMMBI)
KP(BSPSH-SPDK)201/005/01( )
14 Januari 2010
Semua Pengarah Pelajaran,
Jabatan Pelajaran Negeri,
Jabatan Pelajaran Negeri,
Y.Bhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 1 / 2010:
PELAKSANAAN DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA DAN MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS (MBMMBI)
PELAKSANAAN DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA DAN MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS (MBMMBI)
Mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Julai 2009 telah memansuhkan
pelaksanaan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam
Bahasa Inggeris (PPSMI) di sekolah-sekolah dan digantikan dengan Dasar
Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).
2. Dalam melaksanakan dasar MBMMBI, pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris diperkukuh menerusi pendekatan yang
lebih berkesan. Dengan pemansuhan dasar PPSMI, sekolah kebangsaan dan
sekolah menengah hendaklah menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa
pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik,
manakala di SJK(C) dan SJK(T) menggunakan bahasa pengantar
masing-masing.
3. Pada 5 Ogos 2009, Mesyuarat Jemaah Menteri telah memutuskan supaya
dasar MBMMBI dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mulai tahun
2010. Dalam proses peralihan ini, sekolah boleh menggunakan Bahasa
Inggeris dan/atau bahasa pengantar masing-masing dalam pengajaran dan
pembelajaran Sains dan Matematik. Ini bertujuan membantu guru dan murid
menyesuaikan diri dengan perubahan dasar berkenaan.
4. Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik semasa
peralihan dasar PPSMI ke MBMMBI mulai tahun 2010 adalah seperti
berikut:
Sila rujuk kepada Lampiran 1 dan Lampiran 2 bagi jadual peralihan dasar PPSMI ke dasar MBMMBI.
5. Pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik bagi
Tingkatan Enam Rendah, Tingkatan Enam Atas dan Matrikulasi diteruskan
dalam Bahasa Inggeris.
6. Penyediaan soalan-soalan peperiksaan awam bagi kelompok mata
pelajaran Sains dan Matematik semasa peralihan dasar adalah seperti
yang berikut:
7. Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini
kepada pegawai yang bertanggungjawab di Jabatan Pelajaran Negeri,
Pejabat Pelajaran Daerah, Pengetua dan Guru Besar di bawah pentadbiran
Y. Bhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan.
Sekian. Terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” TAN SRI DATO’ HAJI ALIMUDDIN BIN HAJI MOHD. DOM Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia |
No comments:
Post a Comment